Apa itu Sains Instrumentasi?



Assalamualaikum, hi.

Izin laluan menggunakan Bahasa Melayu tidak rasmi dan sedikit Manglish. Hehe. (Sebab hampir semua post saya dalam Bahasa Inggeris & Manglish)

Saya nak perkenalkanlah ye course saya ni, Bacelor Sains Kepujian Major Sains Instrumentasi atau dalam BI, Bachelor of Science Honours Major in Instrumentation Science. Kenapa? Sebab... masa saya dapat keputusan UPU tahun lalu, walaupun saya sendiri pilih course ni, saya tak berapa tahu sangat pun course ni pasal apa. Saya pilih sebab nak penuhkan borang je. Kelakarnya huhu. Tapi tak menyesal pun. Syukur jugakla dapat course ni. Course ni best tau!

Okay berbalik kepada 'tak tahu sangat' tu. Jadi, saya cuba la google mana tahu adalah penerangan serba sedikit pasal course ni. Ada je dekat laman web UPM dan beberapa laman blog senior/graduan Sains Intrumentasi UPM sendiri. Tapi sekarang saya nak perkenalkan course saya lepas dah belajar 1 semester.

Jadi, apa itu Sains Instrumentasi?

Instrumentasi ialah satu teknik yang digunakan oleh sesuatu alat (device) untuk mengukur variable, menganalisa hasil dan mengawal keluaran yang ingin dihasilkan. Jadi, Sains Instrumentasi ialah satu ilmu yang berkait rapat dengan sensor, electronic, programming, measurement system, dan sebagainya.

Maka, course ni juga sangat berkait rapat dengan kejuruteraan elektronik. Macam kembar gitu.

Sains Instrumetasi di UPM ni macam mana?

Okay, secara ringkasnya course ni mengambil masa selama 4 tahun. Tak kisah la awak lepasan asasi ke matrikulasi ke STPM ke, semua boleh mohon course ni kalau berkelayakan hehe. Course ini di bawah Jabatan Fizik, Fakulti Sains.

Total kredit yang kita perlu ambil untuk grad ialah 124 jam kredit.

Ini ialah subjek-subjek yang wajib diambil oleh pelajar UPM. Subjek-subjek ini dibawah kategori Kursus Universiti. Semua subjek ni total ialah sebanyak 25 kredit:
  • PRT2008 Pertanian dan Manusia/ Agriculture and Man
  • SKP2101 Kenegaraan Malaysia/ Malaysian Nationhood
  • SKP2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Islamic Civilization and Asian Civilization
  • SKP2204 Hubungan Etnik/ Ethnic Relations
  • BBI2423 Academic Interaction and Presentation
  • BBI2424 Academic Writing
  • MGM3180 Asas Keusahawanan/ Basic Entrepreneurship
  • FCE3204 Kemahiran Berfikir/ Thinking Skills
  • KOM3403 Pengucapan Awam/ Public Oration
  • QKK2101 Bakti Siswa
  • QKXxxxx Ko-Kurikulum/ Co-Curriculum
Untuk Kursus Teras pula, ini subjek-subjek yang khas diambil oleh pelajar Sains Instrumentasi sahaja:
  • PHY3103 Fizik I/ Physics I
  • PHY3104 Fizik II/ Physics II
  • MTH3100 Kalkulus/ Calculus
  • MTH3200 Aljabar/ Algebra
  • SSK3100 Pengaturcaraan Komputer 1/ Computer Programming I
  • PHY3105 Fizik Moden/ Modern Physics
  • PHY3306 Elektronik/ Electronics
  • PHY3303 Sensor dan Transduser/ Sensors and Transducers
  • PHY3304 Prinsip Sistem Pengukuran/ Principle of Measurement System
  • PHY3401 Keelektromagnetan/ Electromagnetism
  • PHY4301 Mikroprosesor & Mikrokomputer/ Microprocessor and Microcomputer
  • PHY4302 Rekabentuk Peralatan Elektronik/ Design of Electronic Equipment
  • PHY4303 Pengantaramukaan Komputer dan Kawalan/ Computer Interfacing and Control
  • PHY4305 Instrumentasi Lanjutan/ Advanced Instrumentation
  • PHY4403 Optik Geometri Dan Gelombang/ Geometrical and Wave Optics
  • PHY4903 Latihan Industri/ Industrial Training
  • PHY4959 Disertasi Bacelor/ Bachelor Dissertation
Total kredit ialah 67 kredit.

Untuk Kursus Elektif pula, terbahagi kepada 3 elektif: Elektif Jabatan, Elektif Bahasa dan Elektif bebas. Mesti pilih sekurang-kurangnya 23 kredit daripada kursus dalam senarai Elektif Jabatan, 3 Kredit Elektif Bahasa dan 6 kredit daripada kursus Elektif Bebas yang dipersetujui oleh Jabatan untuk melengkapkan 32 kredit kursus elektif.

Elektif Jabatan:
  • PHY3201 Fizik Keadaan Pepejal/ Solid State Physics
  • PHY3209 Termodinamik/ Thermodynamics
  • PHY4202 Peranti Semikonduktor/ Semiconductor Devices
  • PHY4203 Sains Bahan/ Materials Science
  • PHY4207 Teknologi Pemprosesan Bahan/ Materials Processing Technology
  • PHY4304 Sistem Mikropengawal dan Rekabentuk/ Microcontroller Systems and Design
  • PHY4401 Keelektromagnetan Gunaan/ Applied Electromagnetism
  • PHY4404 Optoelektronik dan Fotonik/ Optoelectronics and Photonics
  • PHY4502 Fizik Sinaran dan Radiobiologi/ Radiation Physics and Radiobiology
  • PHY4602 Fizik Pengkomputeran/ Computational Physics
  • PHY4995 Amali Lanjutan Fizik/ Physics Advanced Practicals
  • FSA4001 Sistem Pengurusan Kualiti Dalam Sains / Quality Management System in Science
  • FSA4002 Pengurusan Inovasi dan Teknologi untuk Saintis/ Inovation and Techonology Management for Scientist
Elektif Bahasa ni, tak kiralah nak ambil bahasa apa. Ada Bahasa Mandarin, Korea, Jepun, Arab, Perancis, German dsb. Elektif Bebas pula maksudnya boleh ambil subjek dari mana-mana fakulti yang dipersetuji oleh fakulti.

Macam pening je nak susun jadual masa daftar kursus nanti? Jangan risau, kita ada Penasihat Akademik (PA) yang sedia membantu. Biasanya pada hari pengenalan fakulti akan diberi satu buku panduan program untuk dirujuk. Versi PDF pun ada. Boleh download di sini.

Menurut sumber saya (senior dan pensyarah), graduan Sains Instrumentasi dari segi bidang pekerjaan, nak jadi engineer boleh, nak jadi researcher/scientist boleh, nak jadi pensyarah pun boleh, nak kerja hospital pun boleh. Ikut minat anda. Mostly pergi engineering lah. Saya pernah la blogwalking 2-3 kali kat blog seniors, yang sambung Master in Chemical Engineering pun ada. Saya? Tak tahu lagi, baru 1st year huhuhuhu. Dah tahu nanti saya bagitahu ya. Haha.

Oh ya, masa awal semester hari tu, kami dimaklumkan yang nama course ini akan ditukar kepada Elektronik Instrumentasi / Electronic Instrumentation. Tapi saya tak tahulah bila akan ditukar secara rasmi. Yang pastinya, batch saya telah diberi baju batch menggunakan nama Electronic Instrumentation.

Ha inilah serba sedikit info pasal course saya. Kalau ada apa-apa pertanyaan dipersilakan nyatakan di ruangan komen, saya akan cuba sedaya upaya untuk jawab pertanyaan anda. Boleh juga DM saya di twitter huhu. (@thenurdarina)

Bye!

Comments

  1. yang ini ajar guna bm ke bi? saya juga 1997,lepasan stpm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk elektif jabatan dan kursus teras, semua dalam BI.

      Delete
  2. say lepasan stpm,juga berminat course ini,blh tanya, ini ajar pakai bm ke bi banyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Untuk elektif jabatan dan kursus teras, semua dalam BI. Kalau subjek universiti ada yang BM, ada yang BI.

      Delete
  3. assalam..nk tnya da blaja microprocessor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Belum, microprocessor belajar 2nd year (Sem 4)

      Delete
  4. Best tak kos ni ? Saya teringin juga nak ambilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Best la! Ambiklah course ni adik. InsyaAllah adik akan merasalah nanti best ke tidak ☺️

      P/s: Korang jangan tertipu! Ahnaf ni coursemate saya, saje je dia ni aish hahah.

      Delete
  5. Asslm sis...sy ni bkl ex matrik jugak dan skrg ni dlm dilema upu...haha....kos ni mkutkan x.. well...bce sume ats nmpk mcm seram tpi menarik pon ada..haha...nk tnye result sis dulu gmpak x... kalau gempak knpem sis boleh go through je kan dgn kos ni..huhu... result sy sem 1 3.2 lbih je..so cmne ..boleh je sy mncuba kos ni kann...dn satu lgi sis ingt x sis ltk kos ni pilihan ke brapa dulu...heeh..sori bnyk brtanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam!

      Menakutkan? Hahaha masa mula-mula memang rasa seram bila tengok subjek yang kena ambil. Tapi, lepas dah masuk Kem Gerak Ilmu Fizik (lebih kurang macam kem pengenalan Physics Department dan Kelab Mahasiswa Fizik untuk pelajar Tahun 1), akak dah tak rasa seram pun, sebab faham dengan penerangan dari pensyarah dan senior.

      Pointer biasa-biasa je haha, Alhamdulillah, Sains Instrumentasi pilihan yang ke-3.

      Maaf ya lambat reply. Baru habis mid semester break xD

      Delete
  6. Assalamualaikum kak. Apa mksdnya kena pilih 23 kredit dari elektif jabatan? Kena pilih brapa subjek utk elektif jabatan? And apa beza sains instrumentasi dgn sains bahan? Tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.

      Maksudnya total kesulurahan subjek elektif jabatan yang kita ambil tu mesti 23 kredit. Kena pilih berapa tu... ada ditetapkan dalam buku panduan program. Sebab ada subjek 3 kredit, ada yang 4 kredit.

      Sains Bahan ada belajar buat bahan so ada kaitan Physics dengan Chemistry. Sains Instrumentasi pulak more to Electric & Electronics.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here, 3rd also ������

      Delete
    2. Assalamualaikum kak. Saya dpt course ni tapi takut tak boleh bawa 😣

      Delete
    3. Waalaikumusalam, Syazalina. Kamu ada Twitter/Instagram tak? Akak DM je kt salah satu tu nanti.

      Twitter akak, @itsdxrinx_
      Instagram, @thenurdarina

      Delete
    4. Chill je adik2...course ni best n menarik sgt...nk ckp senang tu, mmg x la....ape yg saya boleh comment,for student yg amik course major fizik, dorg akan belajar more to theory....but for us, ape yg kami belajar more to practical, sbb nnti dh smpai 3rd year tu akan ade kene buat projek sensor sume, time tu la baru korg rase susah sikit...course ni byk kelebihan tau, sbb kite blaja cmne nk buat mcm2 alat elektronik using labview, multisim, arduino uno, pcb n so on (nnti korg akan kenal la semua ni...kalau nk tau,dh boleh start google kot apebende tu)
      Contohnya,
      1.time 2nd year, korg akan blaja using labview tu, buat traffic light system ke, seven segment led display cmtu
      2. arduino uno (microprocessor), kene guna utk buat projek sensor nnti la, time ni korg akan kenal sgt la dgn dr.nizam (yg projek ni x ingat sem brape buat)
      3. Using Pcb (yg ni pling menarik, sbb korg akan buat start dr awal,,,,first, kene design circuit kat multisim, then,transfer to ultiboard, then, print to pcb transfer paper (film), then, iron bende tu ke pcb, then, rendam board tu dlm liquid, pastu, bersihkan sume, barulah start process menebuk lubang2 utk masukkan komponen nnti, soldering, test circuit n packaging (mcm korg nk jual) nmpak senang tp tak semudah yg anada sangka tau...if salah satu step tu fail, u guys kene start dr mule ������ (tp time ni korg akan rase sume jenis perasaan gembira gile bile dh siap n jadi, sedih kadang2 sbb penat) n mcm2 lg la...

      Nk share ape lg ea, pasal peluang kerja tu kan...sbnarnya dlm department fizik, course sains instrumentasi la yg paling byk peluang keje...korg boleh keje kat mane2 company electronik, jd engineer,physicist n so on...jgn risau la, pelung keje byk, sbb course ni org dh knal, korg ikut je flow hidup ni, masa korg blaja nnti baru korg dh tau ape nk keje next....good luck adik2, enjoy ur first year nnti, sbb start 2nd year n so on korg akan jadi mcm bdk2 xde life, sbb projek byk ����������

      Delete
    5. Thanks for your comment, anonymous senior 😂

      Delete
    6. Okay thankyou kak 😄

      Delete
  8. Apa beza course ni dengan Sains Bahan? Ke dia sama? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sains Bahan more to Physics, Chemistry, Engineering. From what I know, Sains Bahan more to understanding macam mana a process of making a material boleh mempengaruhi struktur, properties, etc terhadap sesuatu bahan.

      Sains Instrumentasi more to Physics, Electronics, Engineering. We learn how a device can measure a variable, analyse and control the output.

      So they're different.

      Delete
  9. Kalau dapat course ni, akan ditempatkan di kolej mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara umumnya di kolej lembah. Depends sesi pengambilan, maybe. My seniors ada K6, KC. My batch - K2. My juniors KTDI, KOSASS.

      Delete
  10. Saya spm takde basic physic.. diploma dalam sains mathematik.. boleh ke mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Leave a comment

Popular posts from this blog

The next chapter of my life

Kimchi Fried Rice and Cajun Salmon for a happy tummy!